loading...
5 Tempat Percutian Romantik Untuk Pengantin Baru
lima tempat di beberapa buah negara ini merupakan idaman kebanyakan pasangan sebagai tempat berbulan madu kerana menawarkan panorama yang mengasyikkan serta lengkap dengan fasiliti mewah.
Maldives
Imej dari constancehotels.com
Di negara ini, percutian bulan madu anda akan menjadi kenangan yang tidak boleh dilupakan dan sangat sempurna kerana keindahan alam semula jadi yang pasti memukau mata anda serta buatkan anda lupa kerja-kerja di pejabat. Hotel-hotel mewah di sini kebanyakannya menghadap ke arah pantai dan terdapat hamparan pasir putih yang mengasyikkan. Anda boleh meluangkan masa bersama pasangan di pantai yang indah sambil menyaksikan pemandangan-pemandangan cantik di sekelilingnya.
Bora-bora
Setiap tahun Bora-Bora dikunjungi oleh sekitar seratus ribu pelancong dari serata dunia. Pemandangan disini didominasi oleh pantai berpasir putih yang dikelilingi oleh lagun yang berwarna biru kehijauan. Setiap pasangan akan dimanjakan dengan air laut yang berwarna biru jernih dan dapat melihat terumbu karang yang sangat cantik dan indah. Bagi penggemar sukan “surfing”, jangan risau kerana ombak di sini memang akan menjadi “sahabat” baik anda.
Selanjutnya: http://warungconer.blogspot.com/2016/03/5-tempat-percutian-romantik-untuk.html#ixzz4DRvL9XTS
0 Response to "5 Tempat Percutian Romantik Untuk Pengantin Baru"
Post a Comment