loading...

15 TEMPAT PERCUTIAN DI MALAYSIA YANG WAJIB ANDA PERGI

loading...

1. Tubotel Langkawi

Tubotel Langkawi menawarkan suasana yang berbeza dengan hotel dan resort di Langkawi. Keselesaan dan kemesraan yang ditunjukkan oleh pemilik hotel warga Austria dan pekerja di Tubotel seolah-olah seperti rakan yang sudah kenal lama. Bagi pengunjung beragama Islam pula, jangan khuatir kerana bilik solat dan bilik khas menyalin pakaian juga turut disediakan. Bagi yang inginkan keseronokan yang berbeza, Tubotel menyediakan aktiviti percuma iaitu tour Eco Pirate dimana pengunjung akan dibawa ke kawasan pulau berhampiran.

Untuk maklumat lanjut, boleh ke http://www.tubotel.com






2. Tanah Aina Fahad

Ingin percutian yang lebih eco-friendly? Ini antara resort yang unik kerana menyediakan tempat tidur dalam khemah tetapi dengan aksesori mewah seperti hotel bertaraf 5 bintang. Tanah Aina Fahad, sebuah resort 8 ekar terletak bersebelahan dengan Lata Jarum yang terkenal di Ulu Dong, Raub sesuai untuk semua pencinta alam semula jadi yang ingin melarikan diri dari hiruk-pikuk kehidupan di bandar ini.




0 Response to "15 TEMPAT PERCUTIAN DI MALAYSIA YANG WAJIB ANDA PERGI"

Post a Comment