loading...

Inilah 8 PUNCA seseorang individu TIDUR BERDENGKUR

loading...



ANTARA PUNCANYA:

1. Alahan
2. Tulang hidung yang bengkok
3. Masalah tisu berlebihan di anak tekak
4. Berlebihan berat badan
5. Alkohol
6. Kesan pengambilan ubat yang boleh membuatkan seseorang tertidur
7. Kedudukan tidur yang terlentang
8. Tonsil yang bengkak

Antara kesan kepada individu yang tidur berdengkur pula adalah:

Individu yang tidur berdengkur akan mengalami gejala seperti keletihan, mengantuk pada waktu siang, sakit kepala, kelesuan, perasaan cepat marah, kerap terjaga malam, tidak dapat memberikan tumpuan dan mudah lupa.


CARA MENCEGAH TIDUR DARI BERDENGKUR

1. Mengurangkan berat badan sekiranya mengalami masalah berat badan berlebihan
2. Elak pengambilan alkohol atau ubat yang memberi kesan mengantuk sebelum tidur
3. Memilih posisi tidur secara mengiring
4. Mengamalkan rutin tidur yang tetap setiap hari
5. Mendapatkan rawatan bagi hidung tersumbat atau ruang kerongkong yang sempit
6. Berhenti merokok

Itulah Punca Tidur Berdengkur Dan Cara Mencegahnya. Jadi jika anda atau individu yang rapat dengan anda berdengkur setiap malam, bolehlah cuba cara mencegah tidur berdengkur yang dikongsikan di atas ini. Tetapi sebelum itu pastikan akan dapat kesan dulu punca kepada masalah tersebut terlebih dahulu.


0 Response to "Inilah 8 PUNCA seseorang individu TIDUR BERDENGKUR"

Post a Comment