loading...
Sekumpulan nelayan di Australia terkejut apabila terlihat satu objek pelik ditengah laut. Objuk tersebut berbentuk seperti bola besar yang sedang terapung-apung.
Apabila melihat objek itu dari jauh, kumpulan nelayan ini tertanya-tanya apakah benda itu? Adakah ianya belon udara ataupun serpihan bot yang terbengkalai.
Jangkaan mereka ternyata salah. Setelah mereka menghampiri objek putih tersebut, ianya dilihat semakin mengcut kerana digigit oleh beberapa ekor jerung yang sedang cuba memakannya.
Setelah diamati rupa-rupanya objek tersebut ialah bangkai ikan paus yang telah mengembung dengan amat besar sekali sehingga jelas kelihatan kulitnya yang sedang menegang.
Nelayan-nelayan itu juga mengatakan setelah menghampiri objek tersebut, baunya amat busuk. Beberapa keping gambar bangkai paus itu telah tersebar di laman sosial dan menjadi viral kerana ianya jarang dilihat.
Sumber: DailyMail
0 Response to "Nelayan Terjumpa Objek Kembung Tengah Laut..Rupa-Rupanya Sejenis Ikan"
Post a Comment