loading...

5 Resepi Sambal Belacan Yang Meletup

loading...



Sambal belacan merupakan makanan sampingan yang sememangnya membangkitkan selera apabila makan dengan nasi putih, ulam-ulaman dan sebagainya. Rasa pedas yang ada pada sambal belacan itulah yang menyedapkan sesuatu makanan. Jadi mari PP kongsi 5 Resepi Sambal Belacan Yang Meletup;

Resepi 1.
Bahan-bahan yang diperlukan;
-6 biji cili merah yang dibuang bijinya
-15 biji cili padi
-belacan sebesar ibu jari
-2 biji bawang putih
-1 sudu kecil gula dan secubit garam
-jus limau kasturi secukupnya
Cara-cara Membuatnya:
– Masukkan kesemua bahan kecuali jus limau ke dalam kuali dengan 1 sudu minyak masak
-Gorengkan kesemua bahan sehingga bawang putih keperangan
– Keluarkan dan kemudian masukkan ke dalam lesung tumbuk serta masukkan gula dan garam
-tumbuk  sehingga menjdai lumat dan perahkan jus limau kasturi.
Resepi 2 (sambal macang)

Bahan-bahan yang diperlukan:

-sebiji buah macang
– 5 biji cili padi
– 1 biji cili merah
– sedikit gula

Cara-cara Membuatnya:

-Tumbuk semua bahan tadi dan masukkan buah macang gaul sehingga sebati dan tambahkan sedikit gula. siap.



Resepi 3 

Bahan-bahan yang diperlukan:

– 10 biji Cili padi
– 5 biji Cili merah
– belacan 3cm
-2 biji limau kasturi

Cara-cara  Membuatnya:

-10 biji cili padi dan belacan tadi distimkan
-Satukan kesemua bahan-bahan tadi dan ditumbuk
-Apabila sudah agak lumat perahkan limau kasturi yang telah dibuang biji
-Masukkan sekali limau kasturi tersebut (tenyeh2 disambal) dan gaul sehingga sebati.
Resepi 4 (sambal tempoyak)

Bahan-bahan yng diperlukan:

-6 biji cili padi
-sebiji atau 2 biji cili merah jika perlu
-segengam ikan bilis
-2- 3 sudu tempoyak

Cara-cara membuatnya:

-tumbuk cili padi sehingga lumat , kemudian masukkan ikan bilis dan tumbuk lagi sehingga lumat
-setelah lumat tambahkan tempoyak dan gaul sehingga sebati, jikalau tempoyak masam tambahkan secubit gula.



Resepi 5

Bahan-bahan yang diperlukan:

-10 biji cili merah
-10 biji cili hijau
-15-20 biji lada thai merah
-6 biji limau kasturi dibuang bijinya
-belacan (lagi banyak lagi sedap)
-3 sudu cuka
-3 sudu makan udang kering
-setengh biji lemon (ataupun limau nipis0
-100 ml air
– garam dan gula

Cara-cara Membuatnya:

-bakar belacan terlebih dahulu
-msukkan limau kasturi yang telah dibelah ke dalam kuali, layukan sehingga 5-8 minit untuk membuang rasa pahit limau kasturi.
-selepas itu masukan cili merah, cili hijau, lada thai, udang kering, dan layukan pada api sederhana besar selama 3-4 minit untuk buang rasa mentah lada dan limau kasturi. jangan guna minyak.
-kemudian masukkan ke dalam blender semua bahan tadi dan kisar sehingga lumat.
-masukan air perahan lemon, garam dan gula.


selamat mencuba



0 Response to "5 Resepi Sambal Belacan Yang Meletup"

Post a Comment