loading...

Buang Angin & Kempiskan Perut Dengan Bahan Selamat

loading...


Tidak ramai yang tahu dan amalkan petua lama untuk jaga tubuh badan. Tapi petua yang dikongsi ini sangat bagus untuk anda buang angin dalam badan dan sesuai untuk ibu yang bersalin cara bedah amalkan. Ya, hanya perlu buat sendiri dengan menggunakan empat bahan...

Bahan-bahan:
Halia 3cm
Halba 3 sudu
Lada hitam 15 biji
Bawang putih 3 ulas
Cara buat:

1. Tumbuk halba sampai hancur.


2. Bila hancur masukkan halia, dan bawang putih. Tumbuk dan

kemudian masukkan lada hitam. (tumbuk sampai lumat)
3. Ambil dan bentukkan  bulat-bulat kecil, selepas itu anda boleh keringkan dan sipan dalam bekas.

Sangat bagus untuk buang angin, kalau anda tak mahu tumbuk bahan-bahan tadi, boleh blend. Bagi 1 adunan ini boleh tahan 2 minggu.

Cara makan:


1. Makan 2 biji hingga 4 biji setiap hari ikut ketahanan badan.


2. Sesuai untuk bersalin bedah sebab angin banyak dalam badan.


3. Apa yang bagus bahan ini berfungsi untuk kempis perut, dan buang angin.


4. Ibu menyusu boleh amalkan kalau anak tahan.


5. Tapi bu mengandung tidak dibenarkan.



INFO:


Lelaki dan perempuan tak mengandung atau bersalin normal pun boleh amalkan. Bahan semula jadi tanpa perapat. Sesiapa yang banyak angin TERBAIK untuk amalkan selalu.


Tetapi kalau anda bersalin bedah, petua ini sangat digalakkan untuk buat resipi sebab bersalin czer selalunya tidak bertungku di bahagian perut dan angin banyak berbanding bersalin normal.









0 Response to "Buang Angin & Kempiskan Perut Dengan Bahan Selamat"

Post a Comment