loading...

Nama-Nama Pulau Paling Pelik Di Malaysia

loading...
Negara kita sememangnya kaya dengan pelbagai tempat yang mempunyai nama pelik dan unik. Jom semak senarai nama pulau-pulau yang sangat pelik dan unik ini bagi menambahkan lagi pengetahuan am bersama! 

Pulau Talang-Talang

Pulau Talang-Talang

Kawasan perlindungan marin pertama Sarawak, Taman Negara Talang-Satang meliputi kawasan seluas 19.414 hektar dan telah diwartakan pada tahun 1999 untuk meningkatkan pemuliharaan penyu.

Taman ini merangkumi kawasan pantai dan perairan sekitar empat pulau; Pulau Talang-Talang Besar dan Pulau Talang-Talang Kecil (terletak di luar Sematan), dan Pulau Satang Besar dan Pulau Satang Kecil (terletak di luar Santubong).

Pulau Bohey Dulang

Pulau Bohey Dulang

Pulau Bohey Dulang merupakan salah satu pulau paling popular di Taman Marin Tun Sakaran di kawasan perairan Semporna, Sabah.

Bohey Dulang sangat terkenal dengan pemandangan yang menakjubkan di bahagian atas puncak. Lihat saja gambar-gambar di bawah. Pasti ramai yang sukar mempercayai pulau ini sememangnya terletak di Malaysia.

Pulau Susu Dara

Pulau Susu Dara

Pulau Susu Dara terletak berhampiran dengan Pulau Perhentian. Di sekitar pulau ini terdapat gugusan pulau kecil iaitu Pulau Susu Dara Besar, Pulau Susu Dara Kecil dan Pulau Tokong. Kebiasaannya tetamu yang tinggal di Pulau Perhentian akan dibawa ke sini untuk snorkeling.



Pulau Kentut Besar/Kentut Kecil

Pulau Kentut Besar/Kentut Kecil

Kedua-dua pulau ini terletak di perairan Pulau Langkawi. Ia merupakan dua diantara lambakan gugusan pulau yang berada di situ dengan pemandangan menarik, pantai pasir putih, dan laut biru yang sungguh jernih.

Pulau Babi Tengah

Pulau Babi Tengah

Pulau Babi Tengah atau Pulau Tengah adalah sebuah pulau milik persendirian. Ia terletak sembilan batu nautika dari luar pantai Mersing di Laut China Selatan di luar kawasan pantai timur Johor.

Perjalanan dari jeti bot Mersing mengambil masa kira-kira 30 minit.

Dalam tahun 70-an, pulau ini terkenal sebagai kem transit pelarian Vietnam yang kemudiannya ditutup pada awal tahun 80-an.

Pulau Babi Besar

Pulau Babi Besar

Pulau Besar, yang sebelum ini dikenali sebagai Pulau Babi Besar, adalah sebuah pulau di luar pantai timur Johor. Ia juga boleh diakses dengan bot dari bandar Mersing (kira-kira 30 minit).

Titik tertinggi di pulau ini mempunyai ketinggian 258 meter (845 kaki) dari aras laut.

Ia dikelilingi oleh Pulau Rawa, Pulau Sibu dan Pulau Tinggi, dan mempunyai ciri-ciri yang tenang, pantai yang bersih, pasir putih dan air biru jernih.

Pulau Timba Timba

Pulau Timba Timba

Pulau Timba Timba merupakan salah satu gugusan pulau kecil yang terletak di kawasan perairan Semporna, Sabah.

Antara tarikan popular di sini ialah satu garisan pemisah laut yang boleh dilihat dengan begitu jelas. Warna biru gelap dan warna biru terang seakan-akan terpisah dengan kemas dalam satu jajaran lurus.

Pulau Bum Bum

Pulau Bum Bum

Pulau Bum Bum dengan keluasan kira-kira 40 kilometer merupakan pulau kedua terbesar di Teluk Darvel yang terletak di Semporna, Sabah.

Ia dihuni oleh kaum Bajau Laut, sebuah kumpulan etnik peribumi tradisional yang tinggal di laut. Hanya 40,000 penduduk yang menetap di pulau ini.

Pulau Pom Pom

Pulau Pom Pom

Pulau Pom Pom juga terletak di kawasan perairan Laut Sulawesi di sekitar Semporna, Sabah. Ia mempunyai tumbuh-tumbuhan tropika yang kaya dan dikelilingi oleh pasir putih dan perairan biru yang memukau mata memandang.

Pulau kecil yang mengambil masa kira-kira sejam untuk berjalan ini merupakan tempat perlindungan penyu yang selalu datang pada waktu malam untuk bertelur.





0 Response to "Nama-Nama Pulau Paling Pelik Di Malaysia"

Post a Comment