loading...
KLANG, 7 Mac: Hasrat seorang wanita untuk cuba membunuh diri dengan cara
melemaskan diri di dalam sebuah sungai gagal apabila dia terlekat di
lumpur ketika berjalan di tebing sungai Klang.
Laporan The Star menyebut, wanita berkenaan membuat keputusan itu setelah terlibat dengan satu pertengkaran dengan keluarga pada Isnin.
Dipercayai dia berjalan ke arah sungai itu dari rumahnya untuk membunuh diri.
Namun kerana air surut, sungai yang berlumpur itu menghalang wanita
terbabit dari maju ke dalam sungai seterusnya menyebabkan dia
terperangkap di dalam lumpur sehingga di paras pinggang.
Pejalan kaki yang kebetulan melalui kawasan tersebut dengan segera
melaporkan kejadian kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Raja.
Ketua Operasi Menyelamat, Shukry Mohd Nor berkata, pihaknya menerima
panggilan kecemasan pada 11:44 dan tiba di tempat kejadian beberapa
minit kemudian.
"Sepasukan lima anggota menghampiri wanita itu dan berjaya memujuknya dari hasrat untuk membunuh diri.
"Mereka berjaya menarik wanita itu dari lumpur kira-kira jam 12.20
petang. Kami juga membantu dia membersihkan dirinya sebelum memberitahu
ahli keluarga", katanya.
Wanita itu kemudian dibawa ke balai polis.
0 Response to "Gambar-gambar Angota Bomba menyelamatkan Wanita Yang ingin Membunuh Diri"
Post a Comment