loading...
Dalam tempoh lapan tahun jejaka bernama Rizal
Ashram Ramli telah bercerai sebanyak dua kali. kedua-dua penceraian ini
melibat dua selebriti wanita terkenal tempatan. Terlebih dahulu kami
sebagai peminat kedua-dua selebriti ini berasa simpati dengan apa yang
telah terjadi kepada mereka. Jom kita ikuti dua kisah penceraian ini.
KISAH PENCERAIAN FASHA SANDHA
KISAH PENCERAIAN FASHA SANDHA
Rumah tangga
pelakon popular Fasha Sandha dan Jejai akhirnya terlerai selepas Jejai
melafazkan penceraian di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan
sebentar tadi.
Penceraian talak satu
itu dilafazkan Jejai dan direkodkan Hakim Syarie Muhammad Abdul Karim
Wahab dalam kamarnya kira-kira jam 3 petang.
Fasha atau nama
sebenarnya Nur Fasha Hassan, 32, memfailkan tuntutan cerai mengikut
Seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam 1984 Isnin lalu.
Fasha dan Jejai telah
bernikah pada 27 April 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra
Rayfal yang berusia dua tahun dan Putri Raysha Jemyma yang berumur
setahun.
Sebelum itu Jejai pernah berkahwin dengan Nora Danish pada 20 Jun 2006 dan bercerai pada 10 Julai 2008.
Hasil perkahwinan itu mereka mendapat seorang anak lelaki iaitu Putra Rayqal yang kini berusia tujuh tahun.
SUMBER : sinar harian online, 20 januari 2016
KISAH PENCERAIAN NORA DANISH
Suami kepada pelakon
Nora Mohd Danish Hanif atau Nora Danish, 26, mengaku melafazkan cerai
terhadap isterinya sebanyak dua kali menerusi telefon, satu daripadanya
ketika wanita itu sedang hamil pada 17 Jun 2008.
Toh Muda Rizal Ashram
Ramli, 38, ketika memberi keterangan di Mahkamah Rendah Syariah di sini,
semalam, berkata dia melafazkan cerai kali pertama terhadap pelakon
sitkom drama Puteri itu pada Februari 2008 dan keduanya, Jun 2008.
Menurutnya, sehari sebelum lafaz cerai kedua dibuat, dia ada berbincang dan memberitahu Nora dia sudah tawar hati dengannya.
“Saya ada beritahu dia
(Nora)…saya sudah tawar hati tetapi dia hanya mendiamkan diri hingga
keesokan hari. Saya menelefon Nora dan melafazkan ‘I cerai you’.
“Ketika itu, Nora ada
bertanya ‘talak berapa?’ dan saya cakap talak dua,” katanya ketika
menjawab soalan Hakim Syarie Ahmad Irwan Ismail.
Mengenai sebutan ‘talak
dua’ dilafazkan terhadap Nora, anak bekas Yang Dipertua Dewan Rakyat,
Tan Sri Ramli Ngah Talib itu menjelaskan ia merujuk kepada talak kali
kedua.
Ditanya mengapa talak
kali kedua, jelas Rizal, dia pernah melafazkan cerai terhadap Nora
dengan lafaz: “I ceraikan you” pada Februari tahun ini setelah mereka
bergaduh namun ia tidak didaftarkan kerana mereka rujuk kembali selang
beberapa minggu kemudian atas nasihat seorang ustaz.
0 Response to "Kisah Jejai Mengaku Kesal Kerana Memceraikan Isteri -isterinya"
Post a Comment