loading...

BARBIE berhijab jadi bintang Media Sosial

loading...


UNITED KINGDOM: Seorang pelajar perubatan sains warga Nigeria mencetuskan viral di media sosial selepas memuat naik gambar anak patung Barbie dalam pelbagai busana menutup aurat rekaannya. 

Haneefa Adam, 24 berkata kepada CNN, beliau tidak pernah melihat Barbie berhijab sebelum ini, dan mengambil keputusan membuka akaun Instagram dan memakaikan Barbie dengan pakaian rekaannya selepas terjumpa satu laman Gaya Barbie di Instagram. 


Beliau juga mula menempah anak patung Barbie dari luar negara kerana tidak dijual di Nigeria. Katanya, anak patung itu adalah cara terbaik memperbaiki tanggapan salah bahawa majoriti wanita Islam dipaksa menutup aurat untuk melambangkan agama mereka. Pemegang Ijazah Sarjana Farmakologi dari United Kingdom itu kini mempunyai 19,400 pengikut di media sosial dan mula menerima tempahan Barbie berhijab dari seluruh dunia.



0 Response to "BARBIE berhijab jadi bintang Media Sosial"

Post a Comment