loading...

JADIKAN IBU SEPERTI ORANG GAJI

loading...

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Itulah kata-kata sesuai untuk menggambarkan pentingnya ibu dan ayah dalam kehidupan kita. 

Zaman kini, isu ibu dijadikan seperti orang gaji atau pengasuh anak-anak sudah seperti perkara biasa terutamanya bagi mereka yang tinggal di kota raya. Mungkin ramai yang tidak pernah sedar atau terfikir mereka sudah mengajikan ibu mereka untuk menjaga anak, memasak dan mengemas rumah. Penulis tertarik dengan perkongsian oleh Nurulbadiah, semoga memberi kesedaran buat kita semua.
Saya tak pernah tinggalkan anak dengan pengasuh, sebab semasa saya bekerja, mak saya nak jaga anak saya. Jadi, pada masa itu, saya penat bekerja walaupun jaga anak dari jam 6 petang sampai malam sebelum tidur. Itu pun saya penat nak mampus sebab nak selesaikan kerja rumah.

Masa itu, saya belum tahu lagi erti sebenar penat menjaga anak. Bila saya balik kerja dan pergi ke rumah mak, memang rumah bersepah, dapur tak berasap. Saya selalu terfikir, adakah mak tak ada masa nak buat semua perkara itu?

Mak pun memang selalu juga mengeluh sakit-sakit badan. Mak nak solat pun kadang-kadang kena tunggu Balqis dan Alliss tidur dulu. Sudahlah mereka berdua tak suka tidur, menangis lagi, pe’el gitu gini lagi. Sampaikan mak tak makan sehingga ke petang pun, sebab tak boleh nak masak. Seorang duduk bergantung di kaki, seorang lagi menangis.

Selanjutnya: http://infoconnerrr.blogspot.com/2016/04/luahan-hati-mak-bukan-orang-gaji-atau.html#ixzz47DdJWuUb




0 Response to "JADIKAN IBU SEPERTI ORANG GAJI"

Post a Comment