loading...

Tahukah Anda Bagaimana Asal Usul Kongsi Gelap di Malaysia

loading...
post-feature-image

Tahukah Anda Bagaimana Asal Usul Kongsi Gelap di Malaysia



Selanjutnya: http://warungconer.blogspot.com/2016/05/tahukah-anda-bagaimana-asal-usul-kongsi.html#ixzz49mJOqOpX


Kongsi-kongsi gelap Cina di Negeri-negeri Selat berasal dari kumpulan Triad. Kumpulan Triad merupakan satu kongsi gelap yang ditubuhkan di negeri China pada tahun 1674. Tujuan kumpulan Triad ialah untuk menggulingkan Kerajaan Manchu dan menggantikannya dengan Dinasti Ming. Kumpulan Triad juga dikenali sebagai nama-nama seperti Liga Hung dan Thian Ti Hui (Liga Syurga dan Bumi).

Orang Cina telah menubuhkan kongsi-kongsi gelap tidak lama selepas British menduduki Pulau Pinang (1786) dan Singapura (1819). Sejak tahun 1799 lagi kongsi-kongsi gelap Cina mula menentang pentadbiran British di Pulau Pinang. Antara kongsi-kongsi gelap yang terkenal ialah Ghee Hin (Kantonis) dan Hai San (Hakka). L.A. Mills menganggap kongsi-kongsi gelap Cina di Negeri-negeri Selat sebagai the Pirates and Robbers Co-operative Association.

Selanjutnya: http://warungconer.blogspot.com/2016/05/tahukah-anda-bagaimana-asal-usul-kongsi.html#ixzz49mJTVpgR



0 Response to "Tahukah Anda Bagaimana Asal Usul Kongsi Gelap di Malaysia"

Post a Comment