loading...

Info Kereta Perdana baru..terbaik..

loading...


Setelah lebih dari 20 tahun model Perdana keluaran Proton tidak ada model gantian, akhirnya hasil kerjasama dengan Honda, Model Baru Proton Perdana 2016 (Generasi ke 2) ini dilancarkan dengan rasminya pada 14 Jun 2016 setelah dibuka untuk tempahan sejak 16 Februari yang lalu.

Harga, Variant & Spesifikasi Proton Perdana 2016
Harga, Variant & Spesifikasi Proton Perdana 2016

Seperti yang kita semua ketahui, model Proton Perdana Baru ini menggunakan model Honda Accord Generasi ke 8 yang diubah suai rekabentuk luarannya namun ianya tidak akan kelihatan sama seperti model keluaran khas untuk pegawai-pegawai tinggi kerajaan.

Proton telah menggunakan sepenuhnya kepakaran yang mereka ada untuk mengubah dan menjadikan Proton Perdana 2016 ini kepada sebuah kenderaan dengan rekaan baru yang menonjolkan dna Proton tanpa sedikit pun menyerupai Honda Accord.

Berikutan itu, ianya mengundang keterujaan melalui pelbagai spekulasi, spyshot, pendedahan serta gambaran lakaran yang telah kita lihat sebelum ini di sini:
Akhirnya tiba juga dipenghujungnya... Proton Holding dengan rasminya melancarkan dan mengumumkan bahawa Proton Perdana Baru 2016 ini telah pun dibuka untuk jualan di semua pusat pengedar Proton yang sah.

Variant Proton Perdana Baru 2016

Proton Perdana 2016 ini memiliki ukuran 5,020 mm panjang, 1,845 mm lebar, 1,475 mm tinggi dan jarak roda pula 2,800 mm. Tangki bahan apinya pula berkapasiti 70 liter.

Berikut adalah secara rasmi akan harga, spesifikasi, rekabentuk dan gambar Proton Perdana Baru 2016 yang dikeluarkan dalam 2 variant.

1. Model Proton Perdana 2.0L
  • Harga: RM113,888 (OTR)
  • Enjin: R20A3 i-VTEC (Honda Engine)
  • Kuasa: 154 hp/189 Nm
  • Transmisi: Automatik 5 kelajuan
Spesifikasi Luaran:
  • Halogen projector headlights
  • eyebrow-like LED daytime running lights
  • Full-LED L-shaped tail lights
  • 17-inch wheels
Spesifikasi Dalaman:
  • Black leather seats
  • Silver trim on various parts of the cabin.
  • Screen head unit
  • Manually adjustable driver and passenger seats.
  • Dual zone auto aircond
  • Paddle shifter & Cruise control
  • Tilt & Telescopic Steering
Keselamatan
  • Anti trap power window
  • Four airbags
  • ABS and EBD
Harga, Variant & Spesifikasi Proton Perdana 2016
Harga, Variant & Spesifikasi Proton Perdana 2016
Harga, Variant & Spesifikasi Proton Perdana 2016
Harga, Variant & Spesifikasi Proton Perdana 2016

2. Model Proton Perdana 2.4L 
  • Harga: RM138,888 (OTR)
  • Enjin: K24Z2 i-VTEC (Honda Engine)
  • Kuasa: 177 hp/222 Nm
  • Transmisi: Automatik 5 kelajuan
Spesifikasi Luaran
Perbezaan dan Tambahan Bodykit dari Model 2.0L:
  • Front and rear spoiler lips
  • Side skirts
  • Xenon projector headlights
  • Different design 17-inch wheels.
Spesifikasi Dalaman:
  • Upholstered in beige leather
  • Various pieces of wood trim.
  • Two separate screens (with one acting as the head unit, and the other serving as a display for among other things, the navigation function.)
  • Electric-powered driver and passenger seats
  • Dual zone auto aircond
  • Paddle shifter & Cruise control
  • Tilt & Telescopic Steering
Keselamatan
  • Anti trap power window 
  • Four airbags 
  • ABS and EBD 
  • Electronic stability control (ESC) 
Harga, Variant & Spesifikasi Proton Perdana 2016

Harga, Variant & Spesifikasi Proton Perdana 2016
Pilihan Warna
  • Graphite Grey
  • Sterling Silver
  • Ruby Red
  • Cotton White
  • Midnight Black
  • Citrine Gold.

Gambar & Rupabentuk Proton Perdana Baru 2016
Galeri gambar rekabentuk luar dan dalaman Proton Perdana 2016

Harga, Variant & Spesifikasi Proton Perdana 2016
Harga, Variant & Spesifikasi Proton Perdana 2016
Harga, Variant & Spesifikasi Proton Perdana 2016
Harga, Variant & Spesifikasi Proton Perdana 2016
Harga, Variant & Spesifikasi Proton Perdana 2016

Ulasan Rekaan Perdana 2016

Proton agak berjaya menukar wajah Honda Accord walaupun dengan perubahan yang minimal. Ianya kini kelihatan mirip kepada model kereta Jaguar dengan rekaan lampu hadapan dan belakang serta C pillar yang hampir serupa sedikit sebanyak menaikkan elemen mewah terhadap model Perdana Baru ini.

Tiada komen pada pandangan hadapan yang agak mantap dan bergaya dengan DRL berbentuk kening pada lampu hadapan. Dari sisi, beberapa elemen Honda Accord agak menonjol terutama pada garis lengkuk badan dan pembuka pintu.

Namun pada pandangan belakang yang sudah hampir sempurna dicacatkan sedikit oleh rekaandiffuser iaitu pada bahagian bawah bumper yang kelihatan agak semak dan nampak murah. Ianya merendahkan sedikit unsur kemewahan model ini.

Jika di lihat pada spesifikasi yang ditawarkan oleh Proton Perdana baru ini agak kureng terutama dari sudut spesifikasi keselamatan dan aksesori. Apa yang ditawarkan pada Proton Iriz pun tampak lebih premium!

Jika ini dijadikan ukuran, agak sukar buat Proton Perdana Baru ini untuk bersaing dengan model-model lain yang setaraf dengannya.

Mungkin Proton telah terikat dengan perjanjian dengan Honda kerana tidak mungkin Proton tidak mampu menjadikan Proton Perdana ini sehebat model Premium mewah yang pasti dengan mudah Proton Perdana ini dapat mengatasi Honda Accord Generasi ke 9!


Video ulasan Proton Perdana 2016 dari Paultan.org

Perdana Segah Namanya

Proton Perdana Baru 2016 ini merupakan model pertama yang akan dilancarkan oleh Proton dalam siri model gantian (replacement) mereka pada tahun ini selain dari model Saga danPersona.

Proton juga akan mengeluarkan model usahasama bersama Suzuki pada pertengahan tahun ini dalam usaha melonjakkan kembali jualan dan penguasaan pasaran kereta Proton di negara ini.

Mungkin Proton tidak begitu mengharapkan jualan yang tinggi pada Model Perdana yang menggunakan RM200 juta untuk membangunkannya kerana pasaran bagi segmen D ini agak terhad.

Namun dengan pengeluaran Model Perdana ini, ianya dapat memenuhi ruang kosong bagi melonjakkan nama Proton untuk bersaing dengan jenama-jenama terkenal dalam segmen D ini. Proton juga mahu dikenali sebagai pembuat kereta yang berprestij, hebat dan berkualiti untuk golongan pertengahan.

Mungkin dan mampukah Proton memikat golongan sasaran ini untuk membeli model keretaProton Perdana Baru 2016 ini... Hanya jumlah jualan akan menjadi buktinya nanti...

Berjayakah Proton Perdana Baru ini?

Nampaknya Proton telah mengambil masa terlalu lama untuk mengeluarkan model terbaru Perdana ini. Dari bulan Mac, April dan akhirnya hanya pada 14 Jun 2016 barulah ianya menjadi kenyataan.

Sepanjang tempoh tersebut juga sudah beberapi kali gambar Model Proton Perdana ini bocor dan tersebar di alam maya sehingga memudarkan sedikit akan keghairahan orang ramai untuk melihatnya muncul di depan mata.

Segala rahsia sudah tidak menjadi rahsia lagi lalu adrenalin keterujaan menurun apabila elemen"surprise" tersebut sudah  hilang...

Lebih malang lagi apabila Proton Perdana ini nanti akan terpaksa pula bersaing dengan modelHonda Civic FC serba baru yang akan dilancarkan pada bulan Jun nanti. Walaupun berlainan segmen tetapi tetap akan memberi kesan kerana berada dalam budget harga yang sama.

Nampaknya Proton masih tidak berubah dan tidak mahu belajar dari pengalaman. Ya! Mungkin kelewatan bagi memberikan hasil yang terbaik tetapi jika terlalu lewat...anda akan ketinggalan dan ditinggalkan.

Adakah mungkin Proton Perdana Baru ini nanti hasilnya "Zero Defect" dan amat berkualiti? Jika ya...berbaloilah penantian Mampukah Proton Perdana Baru ini bersaing dalam segmen D lalu meningkatkan populariti dan perolehan Proton? Hanya masa akan menjawabnya...

Proton Perdana 2016



0 Response to "Info Kereta Perdana baru..terbaik.."

Post a Comment