loading...

5 Cara Mudah Mengupas Telur Rebus

loading...
Semua orang suka makan telur rebus, tambah-tambah apabila makan dengan nasi lemak, laksa, mee rebus, mee kari, dan sebagainya. Apabila tiba musim kenduri kahwin lagi banyak la dapat telur rebus free, tapi yang menjadi masalahnya apabila tiba masa untuk mengupas kulitnya itu, memang payah, salah kupas habis tercabut isinya, yang paling boring kalau nak kena kupas untuk masak banyak-banyak, contoh nak masak kari dan sambal. Jadi jom PP kongsikan 5 Cara Mudah Mengupas Telur Rebus;

Cara 1: Rebus dengan soda
Semasa merebus telur tambahkan sedikit soda bikabornat  di saat air sedang mendidih, ini kerana ianya dapat membantu memudahkan proses pengupasan kulit telur.

Cara 2: Air sejuk
Selepas telur rebus masak, rendamkan telur rebus tadi di dalam bekas yang  berisi air sejuk. Oleh yang demikian , kulit telur dapat dikupas lebih mudah dan cepat.
Cara 3: Menambahkan Cuka
Tambahkan  beberapa titis cuka  semasa air rebusan telur mendidih, ini kerana ianya  dapat membantu meningkatkan keseimbangan pH dan memudahkan anda untuk mengupas kulit telur.

Cara 4 : Golekkan
Tekan sedikit telur rebus di atas meja lalu golekkan telur dengan menggunakan telapak tangan anda. cara ini akan membuat kulit telur lebih senag dan  mudah untuk dikupas.
Cara 5 : Goncangkan
Setelah telur rebus masak, masukkan telur di dalam bekas yang berisi air sejuk dan ditutup rapat. Goncangkan bekas tersebut selama beberapa minit dan hasilnya kulit akan lebih mudah untuk dikupas.


Selamat mencuba-



0 Response to "5 Cara Mudah Mengupas Telur Rebus"

Post a Comment