loading...

Resepi Mudah Homemade Air Fanta aka F&N Fruitade

loading...
Semua orang pasti menyukai air bergas, tambah-tambah lagi apabila musim panas nih… Apabila minum air bergas dengan ais perghh memang terangkat. Tetapi jangan amalkan selalu lak ye, sekali sekala bolehlah… tapi kan best kalau kita leh wat sendiri air Fanta ini di rumah, tidak payah hendak beli di kedai-kedai dah. Haa hari ni  PP berbesar hati nak kongsikan Resepi Mudah Homemade Air Fanta aka F&N Fruitade, jom-jom ikut resepi mudah ini.

Bahan-bahanya :-
1 kg gula pasir
1 liter air
1 botol kecil oren sunquick 330ml
3 sudu kecil pewarna hijau
1 sudu kecil perisa pisang
Caranya membuatnya:-
1) Mula-mula masak gula dengan air sehingga mendidih
2) Kemudian masukkan pewarna hijau dan perisa pisang mengikut sukatan tadi.
3) Masak sedikit lagi dan selepas itu masukkan sunquick (hanya guna 1/4 botol sahaja)
4) Dah siap dihidang ke jug + air batu . (menjadi seperti air gula, bancuh dahulu barulah + air batu).
Kalau hendak tahu rasanya seakan-akan air bergas F&N Fruitade yang di kedai-kedai tu. Sedapnye minum bersama keluarga apabila panas-panas nih.
Selamat mencuba-



0 Response to "Resepi Mudah Homemade Air Fanta aka F&N Fruitade"

Post a Comment