loading...
Info Fakta Tentang Wanita. Bukan rahsia lagi bahawa wanita mempunyai dorongan seks yang lebih rendah berbanding lelaki. Ternyata penyebabnya adalah kerana para wanita tidak terbuka terhadap ghairah dan respons rangsangan seksual. Bahkan wanita juga mempunyai rasa bersalah apabila terangsang secara seksual.Dalam satu laporan yang dimuatkan jurnal Archives of Sexual Behavior, penyelidik mendapati bahawa wanita tidak menyedari ketika dirinya terangsang.
Ketika tubuhnya ternyata memberi respons secara fizikal terhadap rangsangan tersebut, kebanyakan wanita tetap tidak menyedarinya.
Kajian yang dilakukan Chivers Meredith dari Queen s University di Kingston ini mengambil masa selama hampir 40 tahun dengan cara mengamati 132 kajian pada tahun 1969 hingga 2007.
Meredith juga mengukur respons fizikal dan mental peserta yang terdiri daripada 2,500 orang wanita dan 1.900 orang lelaki.
Peserta diminta menunjukkan seberapa besarkah perasaan terangsang selama atau selepas terkena pelbagai rangsangan seksual.
Penyelidik mengukur respons fisiologi ketika menjawab rangsangan seksual dengan menggunakan beberapa kaedah yang berbeza, sebagai contoh perubahan ereksi zakar untuk lelaki dan perubahan aliran darah pada vagina wanita.
“Wanita seringkali menahan ghairah seksualnya. Keengganan dalam memberi respons rangsangan seks berkaitan dengan peningkatan rasa bersalah pada wanita untuk mengakui perasaan terangsang secara seksual,” kata Meredith seperti disiarkan Mid-Day, Isnin (17/9/2012).
Masalah ini agaknya telah menjadi adat yang tanpa disedari telah disepakati oleh para wanita pada umumnya.
Akibatnya, kebanyakan wanita mempunyai kehidupan seks yang kurang memuaskan. Kajian ini juga menjelaskan bahawa berbeza dengan wanita, lelaki amat jarang mengalami hal seperti ini.
Kajian ini juga menegaskan bahawa respons pada organ kelamin wanita tidak selaras dengan fikirannya.
Sedangkan pada lelaki, respons dari tubuh dan fikirannya lebih selaras.
Penyelidik menjelaskan bahawa respons seksual manusia merupakan kombinasi yang dinamik antara proses kognitif, emosional dan proses fisiologi.
0 Response to "Tahukah Anda Mengapa Wanita Malu Mengaku Ketika Sedang Ghairah"
Post a Comment