loading...
Setiap orang memang akan suka makan nasi lemak tidak kira sama ada waktu sarapan, makan tengahari, atau pun waktu makan malam. baunya yang cukup menyelerakan dan sambalnya yang kaw, pasti membuatkan anda tidak boleh lari dari memakan nasi lemak. Tambah-tambah sekarang berbagai jenis lauk dapat ditambah ke dalam nasi lemak yang ingin dimakan. Jadi nak tau Tips Petua Masak Nasi Lemak Lebih Sedap jom baca apa yang PP kongsikan.
1. Campurkan santan bersama air pada nisbah 1 : 1 untuk mendapatkan nasi lemak yang betul sedap dan cantik
2. Campurkan bawang besar yang dipotong empat ke dalam nasi yang dimasak bersama dengan bahan yang lain, untuk menjadikan nasi lemak lebih wangi , sedap dan manis semulajadi.
3. Untuk mendapat nasi yang berderai dan tidak melekit, tambahkan satu sudu minyak masak ke dalam periuk nasi, Minyak masak boleh juga ditambhkan padanasi lemak apabila nasi sudah kering dan gaul sehingga sebati.
4. untuk mengelakkan nasi lemak cepat basi, tambahkan daun pandan bersama sedikit garam dan nisbah santan mengikut kesesuaian nasi anda. Pasti nasi lemak anda akan berbau harum dan tahan lama.
5. Gorengkan ikan bilis ke dalam minyak yang cukup panas serta banyak dan pastikan api sederhana sahaja. Kacau jangan biarkan hangit untuk mendapatkan ikan bilis goreng yang rangup.
6. Untuk mendapatkan sambal cantik, camapurkan gula perang semasa anda menumis sambal , ini kerana gula perang akan menjadikan warna sambal kelihatan merah pekat dan enak.
7. Tumis sambal dengan lama dengan menggunakan minyak yang banyak sehingga betul-betul kering, kemudian buang minyak yang berlebihan dan tambahkan perasa, gerenti sambal anda akan menjadi enak dan pekat.
Haa itu antara tips petua untuk memasak nasi lemak bertam tambah sedap, selamat mencuba
0 Response to "Tips Petua Masak Nasi Lemak Lebih Sedap"
Post a Comment