loading...

Kerang Pedas berapi

loading...


 Bahan-bahan
  • 1kg kerang-sebaiknya yang fresh
  • 1cm Halia
  • 4 ulas bawang putih & 1 ulas bawang merah kecil
  • 5 sudu makan sos tiram
  • 10 tangkai cili api-kalau nak pedas tambahlah lagi
  • 3 helai daun sadri & daun bawang-sebab tak stok..akak tibai bubuh daun kucai aje
  • sesudu minyak makan  
 Cara-cara 
  1. Kerang direndam dengan asam keping selama 2 jam untuk memudahkan segala kotoran tanggal.toskan dan cuci sampai besih.Rebus skit kerang.
  2. Tumbuk lumat bawang putih, merah dan lada cili.
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga garing.Masukkan sos tiram dan kacau hingga sebati.
  4. Masukkan kerang, biar rempah melekat dan sebati.tutup api dan taburkan daun bawang dan sadri.



0 Response to "Kerang Pedas berapi"

Post a Comment