loading...
Semua orang suka makan timun, timun memang sedap untuk dimakan sebagai ulam-ulaman, ataupun ditambahkan ke dalam makanan, contohnya masak gulai taucu, asam, dam dicecah sambal belacan. Terdapat dua jenis timun iaitu yang boleh dibuat acar dan yang untuk dihiris. Timun yang digunakan untuk dibuat acar kebiasaannya bersaiz lebih kecil.
Timun diketahui kaya dengan bahan yang boleh menyejukkan badan. Malahan ketika cuaca panas, timun amat bermanfaat untuk membantu melegakan mata yang tertekan akibat panas terik. Selain itu, timun juga menawarkan pelbagai kegunaan lain yang bagus untuk kita. Jom PP kongsikan apa 10 Kebaikan Dan Khasiat Timun Untuk Kesihatan ;
- Timun yang disapu ke kulit wajah boleh mengurangkan kepanasan dan radang pada kulit badan atau muka.
- Bahan diuretik, menyejuk dan membersih yang terdapat dalam sayuran timun menjadikannya baik untuk kulit.
- Memakan timun yang segar boleh memberikan kelegaan kepada masalah ulser, gastritis dan pedih ulu hati.
- Hirisan timun juga mampu mengurangkan bengkak pada mata anda.
- Jus timun juga membantu menggalakkan pertumbuhan rambut, terutamanya jika ditambahkan dengan jus lobak merah, kobis dan bayam. Campuran jus timun dan lobak juga bagus untuk masalahreumatik disebabkan lebihan asid urik yang ada dalam badan.
- Timun juga berguna dan bermanfaat kepada mereka yang mengalami masalah pada paru-paru, perut dan dada.
- Potasium yang ada di dalam timun menjadikannya sangat berguna untuk membantu mengurangkan masalah tekanan darah rendah.
- Pengambilan timun setiap hari dapat membantu mengawal ekzema, artritis dan juga gout.
- Timun juga turut mengandungi erepsin – enzim yang dapat membantu menghadamkan protein.
- Timun juga kaya dengan mineral dan timun boleh membantu menghalang masalah pada kuku.
Ni resepi Jus Timun:
- 1 biji Timun
- Air gula,
- Ais batu
Caranya, timun dibuang kulit terlebih dahulu, kemudian potong kecil-kecil, canpurkan bersama sedikit air gula dan aias batu. Kisar semua bahan tadi sehingga hancur dan dah siap untuk diminun…sedap tau
Semoga bermanfaat-
0 Response to "10 Kebaikan Dan Khasiat Timun Untuk Kesihatan "
Post a Comment