loading...

Tips Menjadikan Telur Dadar Lebih Gebu Dan Sedap

loading...
Semua orang memang suka makan telur dadarkan, tambah-tambah dengan nasi panas dan kicap, memang ummphh.., telur dadar boleh dimasak dengan berbgai bahan di dalamnya. Jom PP kongsikan cara untuk Menjadikan Telur Dadar Lebih Gebu Dan Sedap; 
1.  Tambah Mayonis
caranya;
  • 3 biji telur,
  • sedikit garam,
  • satu sudu mayonis,
  • sedikit bawang
  •  cili,
pecahkan telur, kemudian pukul sehingga kembang, kemudian tambahkan satu sudu mayonis ke dalam telur tadi, pukul lagi dan masukkan garam, bawang dan cili untuk menyedapkan lagi rasanya. Hasilnya telur dadar akan menjadi gebu dan enak sekali.

2. Pukul dengan lebih lama
Caranya:
Pecahkan beberapa biji telur kemudian pukul telur dengan lama sehingga kembang, kemudain barulah dimaksukan apa sahaja bahan yang digemari oleh anda.

3. Tapis telur dadar
Caranya;
  • 2 biji telur,
  • Garam,
  • Bawang merah
  • Daun bawang,
  • Cili
Pecahkan telur ke dalam mangkuk, kemudian pukul telur sehingga menjadi kembang, setelah kembang tapiskan telur tadi, untuk menapis buih-buih yang ada pada telur, selepas itu barulah dimasukkan garam, daun bawang, bawang dan cili, hasilnya telur dadar akan menjadi gebu, tebal dan sedap sekali.

4. Masukan sedikit air
Caranya,
  • Telur
  • Air
Pecahkan telur di dalam mangkuk. Masukkan sedikit air. Pukul hingga kembang dan goreng. Insya-Allah anda akan berpuas hati dengan hasilnya nanti.

5. Tambah perhan limau nipis
Caranya,
Pecahkan telur, masukkan sedikit garam dan perahan limau nipis, pukul seketika, kemudian tunggu minyak betul- betul panas , tuangkan telur dari jarak yang agak tinggi, macam wat teh tarik gitu, kemudian kecilkan api dan tunggu sehingga masak sebelum terbalikkanya. hasilnya telur dada akan gebu dan sedap.
itu antara tipsnya selamat memcuba.



0 Response to "Tips Menjadikan Telur Dadar Lebih Gebu Dan Sedap"

Post a Comment