loading...
7 Waktu Berdoa Untuk Dimurahkan Rezeki
Doa merupakan pelindung dan senjata kepada setiap orang mukmin untuk menahan diri dari godaan dan hasutan syaitan serta dari kejahatan manusia. Allah SWT amat mengasihi dan menyukai akan hamba-hamba-Nya yang selalu berdoa dan meminta sesuatu kepada-Nya. Dengan berdoa juga ketakwaan dan kekuatan iman seseorang mukmin akan meningkat.
Dengan berdoa jiwa kita akan berasa lebih tenteram, menjadi penawar dan penenang kepada hati yang selalu bersedih dan ada juga doa untuk dimurahkan rezeki.. Firman Allah, ‘Ketahuilah, dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.’(Surah ar-Ra’du ayat 28). Kita juga seharusnya tahu waktu berdoa yang seeloknya supaya doa dapat dimakbulkan. Jadi jom PP beritahu 7 Waktu Berdoa Untuk Dimurahkan Rezeki;
1 Setiap Hari Jumaat- Waktu yang seeloknya untuk berdoa adalah mulai maghrib hari khamis hingga maghrib jumaat.
2. Ketika Waktu Hujan- apabila hujan tadah tangan dan mulakan berdoa.
3. Setiap malam- waktu yang sesuai untuk berdoa adalah pada 1/3 malam, antara jam 3-5 pagi, ketika sembahyang sunat tahajjud, hajat dan taubat.
4. Sebelum subuh- waktu yang seeloknya adalah sebelum azan subuh, dan pastikan sudah bersedia untuk solat subuh sambil beristighafar.
5. Sebelum maghrib- waktu yang seeloknya sebelum azan maghrib, dan pastikan sudah bersedia untuk solat subuh sambil beristighafar.
6. Dalam bulan ramadhan- waktu yang seeloknya adalah berdoa sebelum berbuka puasa.
7. Waktu sakit – jangan mengeluh ketika sakit, kerana masa inilah doa dimakbulkan kerana kifarah-kifarah dosa kita.
Itulah adalah waktu-waktu yang seeloknya untuk kita berdoa supaya dimurahkan rezeki. semoga bermanfaat
0 Response to "7 Waktu Berdoa Untuk Dimurahkan Rezeki"
Post a Comment