loading...
Bagaimana cara menyegarkan kembali sayuran yang sudah layu? Ada kalanya, meskipun sudah dimasukkan ke dalam peti ais, sayuran yang anda simpan tetap akan menjadi layu. Ianya selalu terjadi pada sayuran-sayuran hijau yang mengandungi banyak air. Akibat terlalu lama disimpan, cairan yang ada di dalamnya sayuran tersebut akan mengalir keluar sehingga membuatkan sayuran tersebut menjadi layu. Sayangkan, jadi mari PP kongsikan Cara Mudah Menyegarkan Kembali Sayuran Yang Layu:
- Bahan-bahan yang diperlukan :
- Sayuran
- Buah lemon
- Air
- Pisau
- Mangkuk
Cara-caranya :
- Potonglah bahagian pangkal batang sayuran sepanjang 1 cm. Jikalau sayuran yang anda miliki masih dilengkapi akarnya, skip langkah ini.
- Ambil air setengah mangkuk sahaja. Ini kerana jika sayuran terendam dalam air yang banyak , bahagian daun sayuran akan membusuk.
- Kemudian, tambahkan jus lemon ke dalam mangkuk tersebut. Jus lemon digunakan sebagai pembasmi kuman dan bakteria.
- Masukkan sayuran tadi ke dalam mangkuk tersebut, lalu dibiarkan selama 1-3 jam. Fuala! Sayuran pun akan berubah kembali menjadi segar ksemula
Ini boleh terjadi kerana salah satu sifat air adalah mampu meresap melalui celah-celah kapiler dan oleh sebab itulah kita boleh menggunakan air untuk mengisi tubuh sayuran tersebut. Sementara itu, pemotongan batang dilakukan agar daya serapnya menjadi lebih kuat. Selepas itu air akan meresap naik ke batang sayuran dan menyebar ke seluruh bahagiannya. Hasilnya, sayuran pun menjadi segar kembali.
2. Langkah yang lain pula rendamkan sayuran ke dalam semangkuk air dan sedikit garam dan sayuran akan kembali segar.
3. Balutkan sayuran ke dalam surat khabar kemudian barulah di simpan ke dalam peti sejuk.
selamat mencuba
0 Response to "Cara Mudah Menyegarkan Kembali Sayuran Yang Layu"
Post a Comment