loading...

DURIAN CREPE WITH CREAM CUSTARD FILLING

loading...

A) CREPE
40 gm tepung gandum
40 gm tepung ubi
20 gm tepung jagung
20 gm tepung Hoen Kwe ~ jika tak ada boleh gantikan dengan tepung kastard
1 biji telur saiz A
1 sudu besar minyak Mazolla ~ jika tak ada gunakan butter yang dicairkan atau minyak masak
130 ml susu segar
50 ml air ~ bergantung kepekatan
Secubit garam
1 sudu besar gula halus
Pewarna kuning
Perasa durian / durian paste
1. Dalam satu bekas, satukan semua tepung kemudian di ayak
2. Kemudian campurkan semua bahan lain dan kacau rata
3. Kepekatan adunan hendaklah tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair
4. Jika pekat tambahkan sedikit lagi air..Kemudian di tapis
5. Sediakan pan untuk membuat crepe dan Panaskan dengan api yang kuat hingga pan benar-benar panas ini untuk mengelakkan crepe melekat.
6. Kemudian perlahankan api ke sederhana dan Oleskan pan dengan minyak makan atau butter dengan menggunakan kitchen tisu
7. Bila kuali dah sederhana panas baru kita letakkan sedikit adunan
Goyang-goyangkan kuali supaya ia rata
8. Masak hingga ia mengelembung-gelembung sedikit
*Tak perlu di balikkan
*Buat sehingga habis
9. Untuk mengelakkan crepe kering lapis crepe dengan plastik
Jangan di tindih-tindih semasa panas nanti ia tak cantik!
Tunggu dia benar-benar sejuk baru boleh di tindih satu persatu
10. Adunan ni dapat anggaran 15 ~ 20 bergantung ketebalan dan besar pan kita.

CREAM CUSTARD FILLING
Bahan-bahannya:
1/2 cawan tepung gandum ~ 85 gm
1 1/2 sudu makan tepung kastard atau tepung jagung
1/2 cawan gula ~ tambah lagi anggaran 2 sudu besar
4 biji kuning telur
3 cawan susu ~ boleh guna susu segar atau susu cair
30 gm butter
1 sudu teh esen vanilla
Secubit garam
Non Dairy Whipping Cream secukupnya.
Cara-cara:
1. Ayakkan tepung terlebih dahulu
2. Satukan tepung dan gula dalam satu bekas
3. Masukkan 4 biji kuning telur dan 1 cawan susu. Kacau hingga adunan sebati
4. Masukkan semua baki susu, secubit garam dan esen vanilla .Kacau rata.
5. Panaskan atas dapur dengan api sederhana hingga adunan pekat.
Sentiasa kacau supaya adunan tidak hangit dan berkerak di dasar.
6. Bila ia dah meletup-letup segera tutup api. Tambahkan butter dan kacau hingga adunan menjadi licin dan berkilat.Biarkan ia sejuk
7. Simpan dalam bekas bertutup atau balut bekas dengan plastik dan simpan dalam peti ais hingga ia dingin
8. Ambil 1 cawan Non Dairy Whipping Cream, pukul hingga mengental
9. Kemudian campurkan ke dalam Cream kastard kita tadi. Kaup balik hingga adunan sebati
10. Jika adunan berketul, masukkan dalam mixer dan pukul sekejap aje anggaran ia sebati dan kental.



0 Response to "DURIAN CREPE WITH CREAM CUSTARD FILLING"

Post a Comment