loading...

Resepi Smoothies Yang Sedap Untuk Kuruskan Badan.

loading...
7 Resepi Smoothies Yang Sedap  Untuk Kuruskan Badan.
Bagi yang ingin kurus minumaPP kongsikan 7 Resepi Smoothies Yang Sedap  Untuk Kuruskan Badan;
n Smoothies memang sesuai untuk anda . Ini kerana Smoothies amat kaya dengan khasiat buah-buahan dan sayur-sayuran dan ianya juga mengandungi serat yang dapat membantu anda menguruskan badan secara semulajadi. Ianya boleh diamalkan dan diminum pada waktu petang ataupun waktu malam. Jom 
1. SMOOTHIES AVOCADO
Bahan-Bahanya:
1/2 biji Avocado
1 cawan nenas di potong dadu
1 cawan daun kale atau pun  bayam
200ml susu rendah lemak
beberapa ketul ais
cara membuatnya;
Kisarkan semua bahan di atas dan anda boleh terus minum. memang rasa fresh dan sedap.

2. SMOOTHIES NANAS BLUEBERRY
Bahan-Bahanya:
1 cawan Bayam
1 cawan nenas yang dipotong dadu
1/2 cawan yogurt greek
sedikit serbuk kayu manis
Sedikit chia seeds jika ada
sedikit serbuk kunyit (sikit sahaja )
1/2 cawan jus lemon
2 cawan blueberries
1/2 cawan air atau susu
jika pekat boleh tambah air lagi tau

cara membuatnya;
Kisarkan semua bahan di atas dan anda boleh terus minum. memang rasa fresh dan sedap.
Smoothies ini boleh diamalkan sehari 1 gelas bagi minum petang atau pun waktu malam untuk menggantikan makan malam. 

3. SMOOTHIES BAYAM @ KALE
Bahan-Bahanya:
1 cawan Sayur Kale atau pun Bayam boleh juga ditukar dengan Batang saderi ataupun timun.
1 biji epal hijau
1 biji pisang
1/2 biji Avocado
1/2 cawan daun parsli
2 cawan air kosong
1/2 air lemon atau pun limau nipis
Caranya membuatnya:
Kisarkan semua bahan sampai sebati dan bolehlah terus diminum
Bagi yang ingin membuang toksin di dalam badan smoothies hijau adalah antara pilihan yang terbaik ini kerana ianya dipenuhi dengan khasiat sayur sayuran dan juga vitamin dari buah-buahan.

4. SMOOTHIES ORANGE KELAPA (detox)
Bahan-Bahanya:
2 Biji orange
1 cawan air kelapa
1 biji epal hijau
beberapa helai daun bayam
1 sudu yogurt asli
Cara Membuatnya:
Kupas 2 biji buah oren dan kisarkan bersama bahan lain sampai sehingga sebati dan bolehlah terus diminum, rasanya sedap dan sememangnya segar sekali.

5. SMOOTHIES EPAL HIJAU
Bahan-bahanya:
sebiji epal hijau
beberapa helai daun bayam @spinach hijau
sebiji limau nipis
sedikit halia
secawan air kosong
cara membuatnya:
kisarkan semua bahan dan akhir sekali perahkan asam limau dan bolehlah terus diminum. sangat cepat dan bahan mudah dan senang untuk didapati.

6. SMOOTHIES BETIK & DAUN PUDINA
Bahan-Bahanya:
1 cawan Betik yang telah dipotong dadu
1/2 cawan susu
1/4 yogurt greek biasa
1 inci halia dicincang halus
3 helai daun Pudina
Cara membuatnya:
Masukkan halia dan daun pudina kisar dan dahulu,  kemudian masukkan betik dan akhir sekali masukkan susu dan yogurt. Ataupun kalau nak lebih mudah kisarkan je semua sekali, lagi cepat siap.

7. SMOOTHIES TEMBIKAI HALIA
Bahan-Bahanya:
1 cawan tembikai tiada biji
1/2 biji lemon di perah 
1 cawan air kelapa
1 inci halia
Cara membuatnya:
Kisarkan semua bahan sampai sebati dan bolehlah terus diminum.
Senang dan sedapkan , jadi apalagi selamat mencuba-



0 Response to "Resepi Smoothies Yang Sedap Untuk Kuruskan Badan."

Post a Comment